welcome to my blog.. ;)

Monday, 26 May 2014

kenangan bersama arwah ibuku.. :")

Assalamualaikum..ketika umurku 12tahun,ibubapaku telah bercerai..setelah ibubapaku bercerai,ibuku telah berhijrah ke semenanjung untuk bekerja di sana..kami adik-beradik semua tinggal bersama bapaku..walaupun begitu,aku tidak pernah melupakan ibu..aku sentiasa merinduinya dan sentiasa berdoa agar ibu sentiasa di dalam keadaan sihat walafiat..masihku ingat lagi kenangan manis ketika aku bersama ibuku..ketika itu,aku berusia 16tahun..ibu telah pulang ke sabah untuk melawat kami..bertapa gembiranya aku ketika itu apabila mengetahui ibu hendak pulang ke sabah..kami adik-beradik telah menjemputnya dari lapangan terbang Airasia..sekian lama aku tidak berjumpa dengan ibu,ibu kelihatan sungguh cantik dengan mengenakan baju berwarna ungu dan skirt ungu..ibuku memang menyukai warna ungu..kerana itu adalah warna kegemarannya..aku mencium tangan ibu lalu aku memeluknya..terasa sangat tenang ketika aku memeluk tubuh ibuku yang ketika itu agak berisi sedikit..mungkin itulah naluri seorang anak kepada ibunya..selesai sahaja kami menjemput ibu,kami membawa ibu pulang ke rumah..di rumah,ibu dan bapaku tidak berapa bertegur..maklum la mereka sudah tidak ada apa-apa ikatan lagi..mereka hanya buat macam biasa sahaja..kami adik-beradik juga tidak berapa mengendahkan perkara itu kerana kami juga memahami situasi ibu dan bapa kami..beberapa hari kemudian,aku telah jatuh sakit..aku mengalami demam panas..kemudian ibuku telah membawaku ke klinik caroline..aku hanya dibagi ubat demam sahaja..aku makan ubat itu langsung tidak ada apa-apa perubahan..badanku masih lagi panas dan aku mengigil kesejukan..masihku ingat ketika itu..ibuku telah memasakan aku sup ayam..sangat sedap sup ayam yang ibu renehkan untuk aku..sudah lama aku tidak makan masakan ibu..memang masakan ibu adalah masakan paling sedap bagiku..ibuku melayanku seperti anak kecil..namun aku rasa sangat gembira kerana ibu sangat mengambil berat tentang keadaanku walaupun hubungan kami agak rengang sedikit..setelah itu,bapaku telah membawaku ke hospital untuk berjumpa doktor..kemudian darahku diambil untuk diuji..dan didapati tekanan darahku sangat rendah..beberapa hari aku berulang-alik ke hospital untuk mengambil darah..keputusannya tetap sama..kemudian aku di tahan di dalam wad kerana dalam badanku kekurangan air..ketika itu,ibukulah yang menemaniku..aku sangat terharu..ibu sanggup menemani aku di dalam wad..namun hanya untuk beberapa jam sahaja..selepas sahaja,air itu habis,aku pun dibenarkan pulang ke rumah..setelah seminggu berlalu,,aku kembali sihat..ibu dan bapaku pun senang hati..setelah 2minggu ibu berada di sabah,ibu ingin pulang kembali ke semenanjung untuk kembali meneruskan pekerjaannya..sebelum ibu pulang ke semenanjung,ibuku telah memberiku sebuah telefon bimbit jenama sony ericsson..alangkah gembiranya aku..sampai sekarang telefon bimbit itu masih aku simpan di dalam laci almariku..pada tahun 2011,aku telah mendirikan rumahtangga..tetapi aku sangat sedih kerana ibu tidak dapat menghadiri majlis perkahwinanku kerana kehabisan tiket kapal terbang..maklum la aku kahwin pada hujung tahun..memang setiap hujung tahun tiket kapal terbang akan habis dijual. ..namun ibu tidak lupa untuk mengucapkan tahniah kepadaku dan meminta maaf atas kesulitan yang dihadapinya..itu semua bukan atas kehendak ibu..oleh.itu,aku redha dan memahami situasi ibu..pada tahun 2012,aku telah diberitahu oleh kakak sulungku yang ibuku menghidap sakit buah pinggang..alangkah terkejutnya aku..sebesar itu dugaan yang allah berikan untuk ibuku..bagaimana perasaan ibu ketika mengetahui yang dia menghidap sakit buah pinggang?ketika kami adik-beradik tengah berjauhan dengan ibu,siapakah yang hendak menjaga ibuku disana?kami semua adik-beradik menyuruh ibu pulang kerana kami bimbang dengan keadaan kesihatan ibu ketika itu..namun,ibu tidak mahu..katanya,masih ada yang hendak dilakukannya..mungkin berkaitan dengan pekerjaannya..ketika itu aku hanya berdoa semoga allah menyembuhkan penyakit ibu..dan semoga ibu tabah menghadapi dugaan yang allah berikan..aku tidak putus berdoa..:"(..pada hujung tahun 2012,aku telah selamat melahirkan bayi perempuan yang sangat comel..ahli keluargaku sangat-sangat gembira dan bersyukur..tambahan pula,itu adalah cucu pertama ibu dan bapaku..disebabkan keinginan ibuku untuk melihat cucu pertamanya itu,ibuku ingin pulang ke sabah dan menjenguk cucu kesayangan ini..pada bulan 7,tahun 2013,ibuku telah pulang ke sabah..sekian lama aku tidak berjumpa dengan ibu,terasa rindu sangat-sangat kat ibu..pertama kali aku melihat ibuku,alangkah terkejutnya aku melihat ibu yang sangat kurus..wajahnya jugak agak pucat dan kurus sedikit..aku hampir menangis melihat keadaan ibuku ketika itu..keadaan ibu sungguh berbeza dengan 3tahun yang lalu..ke mana perginya badan ibu yang dulu agak berisi dan cantik??mesti ibu sangat menderita dengan penyakitnya itu..lalu aku meluru ke arahnya..aku mencium tangannya,aku mencium pipinya dan memeluk erat tubuhnya..sepertinya,aku tidak ingin melepaskan tubuh ibu ketika itu..terasa air mataku berada ditumbir-tumbir mataku..tinggal hendak gugur sahaja air mataku itu..namun aku tahan air mataku..aku tidak ingin melihatkan air mataku di depan ibuku tersayang..aku takut nanti ibu susah hati melihat aku menangis..ketika itu,terdapat hos di leher ibu..hos itu bertujuan untuk menyuci darah ibu..dan ibu terpaksa memakai tudung untuk menutup hos tersebut..aku sangat-sangat sedih melihat keadaan ibu ketika itu..mesti ketika itu ibuku sangat menderita dengan penyakit yang dihadapinya itu..namun,aku sangat kagum dengan ibuku..walaupun dia tengah sakit,dia tetap kuat untuk menghadapi penyakitnya itu..apabila ibuku melihat anakku yang baru berusia beberapa bulan itu,ibuku sangat gembira..dan ibu sangat-sangat menyayangi anakku..apabila melihat ibu gembira ketika bermain bersama anakku,aku jugak turut gembira..disebalik senyuman ibu itu,sebenarnya tersembunyi seribu kesedihan yang mana ibu berusaha untuk menyembunyikannya..namun,aku boleh baca fikiran ibu..ketika ibu tengah duduk berseorangan,aku perhatikan gerak-geri ibu..aku melihat ibu tengah termenung jauh..ibu tunduk ke lantai dengan pandangan yang kosong..aku tertanya-tanya apa yang tengah bermain difikiran ibu ketika itu..mungkin ibu tengah memikirkan penyakit yang dihadapinya ketika itu..aku menangis melihat keadaan ibu ketika itu..:"(..besar sungguh ujian yang allah berikan untuk ibu..aku hanya berdoa kepada allah agar ibu kuat mengadapi ujian yang allah berikan..suatu pagi,ibu telah datang ke rumah..ibu ingin menyuci darah di hospital..tetapi pada sebelah petang..rumah mentuaku sangat dekat dengan hospital..hanya berjalan kaki selama 5minit sahaja sudah sampai..ibuku ingin membawaku pergi ke pekan..katanya dia hendak memotong rambut..lalu,aku membawa ibu pergi ke pekan menaiki motor..ibu terkejut yang aku boleh membawa motor..katanya,"boleh harap laa mimie ne bawa motor..ingatkan tak pandai bawa.."aku hanya tersenyum mendengar kata-kata ibu..sampai sahaja di pekan,aku langsung membawa ibu ke salon gunting rambut..sementara menunggu ibu siap,aku duduk di belakang ibu..sambil memerhati keadaan sekeliling..selesai sahaja ibu gunting rambut,ibu pun pergi ke kaunter untuk membayar upah mengunting rambut itu..sebelum kami keluar dari salon tu,ibu menanyaku.."cantik tak mie rambut mak?'aku pun menjawab.."cantik.."..pujiku ikhlas sambil tersenyum..namun dalam hatiku,aku sedih mendengar pertanyaan ibuku itu...aku pun tidak tahu mengapa..selesai sahaja dari mengunting rambut,ibu membawaku pergi membeli soto ayam..ketika itu adalah bulan ramadhan..ibuku tidak berpuasa memandangkan keadaanya yang tidak mengizinkan..semua restoran islam tutup..yang buka hanyalah restoran cina sahaja..masih terlalu awal ketika itu..bazar pun belum buka lagi..ibuku memang suka sangat makan soto ayam..kalau dulu pun,selalu sahaja pesan soto ayam kat restoran..puas mencari soto ayam,akhirnya jumpa juga..nasib lah ada juga yang datang awal untuk buka gerai bazar ramadan..selesai sahaja membeli soto ayam,ibuku bertanya kepadaku..aku hendak makan apa..aku sebenarnya tidak mahu..tetapi ibu tetap jugak nak belikan aku makanan..tetiba pulak nak makan kfc untuk buka puasa..terus sahaja ibuku membawa aku pergi membeli kfc..selesai sahaja membeli kfc,kami singgah lagi kedai runcit..ibuku membeli barang sedikit..kemudian ibuku ternampak aku memegang coklat..aku itu sekadang untuk melihat-lihat sahaja..tiba-tiba ibu menyuruh aku mengambil coklat itu..aku menolak..tapi ibu berkeras menyuruh aku mengambilnya..katanya,dia belanja..lucu jugak mendengar ayat ibuku tu..:D..selepas itu,kami pun pulang ke rumah..di rumah,ibu langsung makan soto ayam itu..maklum la penat dari pekan..perut ibu pun terasa lapar..selepas ibu selesai makan,aku duduk dekat sebelah ibu..aku berkata kat ibu.. "mak,tinggal la kat sabah ne..jangan la mak pulang pergi semenanjung tu lagi..kami semua risau tau dengan keadaan mak..nanti kalau ada apa-apa,siapa nak tengok-tengokan mak?kalau kat sini kami semua ada..kami boleh jaga mak.."terasa sungguh sedih di dada ku ketika menuturkan ayat-ayat itu..aku sangat risau dengan keadaan mak yang tak berapa sihat tu..ibuku menjwab pertanyaanku.. "iya memang mak nak tinggal kat sini..tapi belum sekarang..ada sikit lagi hal yang belum selesai kat semenanjung tu..mak janji kalau hal tu semua dah selesai,mak akan balik sabah..mie jangan risau k?"puas aku memujuk ibuku untuk terus menetap di sabah..namun ibu tetap hendak kembali ke semenanjung..aku akur dengan jawapan ibu..ibuku memang seorang yang agak degil..kalau itu katanya,kena la turuti..tanggal 02.12.13,ibuku telah kembali ke rahmatullah..ibuku telah pergi selama-lamanya..ibuku meninggal selepas sahaja bapaku menyambut ulang tahun kelahiran pada 01.12.2012..kami semua tidak menyangka dengan pemergian ibu..padahal 4hari yang sebelum ibu meninggal,kakak sulungku ada menelefon ibuku..keadaannya baik-baik sahaja..tidak pula ada menunjukkan tanda-tanda bahawa ibu tengah sakit..walau bagaimana pun,kami redha dengan pemergian ibu..ini semua sudah suratan takdir allah swt..di usia ibu 48tahun,ibu telah pergi meninggal kami selamanya..masih terlalu awal untuk ibu pergi..kami masih memerlukan kasih sayang ibu..tapi apakan daya..ajal tak kira usia..jika allah sudah menetapkan,maka tiada sesiapa pun yang boleh melawan takdir allah swt..namun aku bersyukur kerana ada juga kenangan aku bersama ibuku..akan ku simpan kenangan manis ini hingga ke akhir hayatku..

ucapan terakhir untuk ibuku tersayang..

"mak,terima kasih sebab sudah melahirkan saya ke dunia ini..sesungguhnya,tanpa mak,tiada la saya di dunia sekarang ne.
".mak,ampunkan la segala dosa-dosaku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki mak..mungkin selama ini aku banyak menyakitkan hati mak..maafkan la aku mak..
"mak,halalkan setiap titik air susu yang mak berikan pada aku dulu..dan halalkan la setiap makan minumku selama ini mak"..
"mak,maafkan la aku jika aku tidak menjadi anak yang baik untukmu..akan ku ingat segala pesanmu dulu kepadaku.."
"mak,aku selalu mendoakan ketenangan mak disana..semoga allah mengampunkan segala dosa-dosa mak yang lalu.."
"mak,terima kasih atas segalanya..aku sayang mak dunia dan akhirat..mak adalah mak yang terbaik buat saya..terima kasih mak..rindu mak sangat-sangat :"("

                                               ~....al-fatihah buat arwah ibuku ..~

No comments:

Post a Comment