Assalamualaikum..sebenarnya dah lama nak cakap pasal hal ne..Tapi selalu ja terlupa.Ne baru teringat..Tu pun terbaca kat blog-blog orang..Sebab nak tenangkan hati..Nak baca laa nasihat-nasihat yang boleh tenangkan diri aku..huhu..Aku jenis yang memang suka berkawan..Dalam persahabatan,aku sentiasa ikhlas dan jujur dalam berkawan ne..Yang penting orang tu,boleh terima aku seadanya.Tidak mengira rupa,darjat,harta,dan sebagainya..Jujur aku katakan,aku tak pernah tipu kawan-kawan aku..Kelakar kan?Entahlah kenapa..Mungkin Ne memang sifat aku kot..Jujur dalam apa pun..aisehmen..:D.Aku sayang kawan-kawan aku..Sayanggg sangatt!Aku anggap dorang macam adik-beradik aku..Setiap kali BIRTHDAY dorang,aku selalu bagi wish..Takde hadiah,wish pun jadilah..Tandanya,aku ingat kawan-kawan aku tu..kalau dorang minta temankan ke mana-mana,aku selalu temankan..Kalau dorang ada masalah,aku selalu jadi pendengar setia..Tapi mungkin aku bukan laa penasihat yang baik..Kalau aku boleh tolong,aku akan tolong..Konon kawan sehidup semati laa gitu..(mungkin aku ja yang anggap macamtu)..Aku layan dorang bagai menatang minyak yang penuh oww..Untuk pengetahuan kamu,keaiban kamu,semua aku rahsiakan..Aku tak pernah cerita aib kamu dekat sesapa..Selagi nyawa dikandung badan,aku akan cuba menutup segala aib-aib kamu kawan..Tapi,kenapa aku selalu dikhianati?kenapa aku selalu ditipu kawan sendiri?kenapa dorang tak hargai aku seperti mana aku hargai dorang?Kenapa dorang layan aku macamni?Apa salah aku?Aku dah cuba yang TERbaik untuk jadi kawan dorang..Seboleh-bolehnya,aku tak nak hati dorang tersinggung,terasa,terguris,terluka dan sebagainya..Biar aku yang terluka..Biar aku yang tanggung untuk semua tu..Biarlah kawan..Kalau itu dapat memuaskan hatimu,biarlah..Adakah aku bukan kawan yang Terbaik untukmu?Adakah aku selalu menyakiti hati?Adakah kamu tidak menyenangi diriku?Mungkin aku pernah menyakiti hati kamu tanpa ku sedari ataupun ketika dalam sedar..Kerana aku adalah manusia yang tidak sempurna..Dan tidak akan pernah sempurna kawan..Aku sering melakukan kesilapan..Jika aku ada buat salah,tegur aku..Jangan berdiam diri dan membenciku dalam diam..Jangan kamu berdendam kemudiannya menikamku dari belakang.. Tegur aku kawan..InsyaAllah,aku akan perbaiki sikapku yang kurang menyenangi hatimu..Dan jika kamu tidak mahu berkawan denganku,terus-terang denganku kawan..Aku akan pergi dari hidupmu..Aku akan pergi jauh dari hidupmu..Jika kamu rasa aku membebankan,aku akan pergi..Kalau boleh,aku ingin menjadi Sahabatmu yang Terbaik dunia dan akhirat..Namun,jika ini pintamu,aku rela kawan..Tapi cuma satu pintaku..Jangan pernah ada dendam,hasad dengki,benci membenci dalam hati kita..Biarlah kita berpisah dengan cara yang baik..Aku akan sentiasa mendoakan kamu agar menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.. Hanya doa yang mampu aku berikan untukmu kawan..Biarlah kamu tidak mengingatiku..Biarlah kamu lupa kepadaku..Aku hanya akan tumpang gembira melihat kejayaan yang kamu kecapi..Terima kasih kawan sebab pernah menjadi Sahabatku..Akan ku simpan kenangan-kenangan pahitmanis kita..Aku akan sentiasa bersangka baik dengan kamu..Ya bersangka baik..Semoga kamu akan jumpa kawan yang lebih-lebih baik daripada diriku ini..
Aku tahu..ini semua ujian daripada Allah SWT.Aku anggap ini semua ujian Allah buatku..Sebab Allah sayang aku..Sebab tulah DIA uji aku macamni...Sesungguhnya,setiap apa yang berlaku ini adalah dengan izin-NYA..Bersangka baik dengan allah swt..InsyaAllah,yang datang pun pasti baik-baik juga..Kehidupan harus diteruskan..Walaupun pahit,harusku telan juga..Kerana kehidupan mematangkan kita...Sahabat ke neraka,senang sahaja ditemui..Namun,sahabat ke syurga sukar untuk dijumpai..Akhir kata,berhati-hatilah dalam memilih kawan.Dan hargailah sahabat-sahabat yang baik dengan anda..Sebelum dia pergi meninggalkan dirimu..Waktu itu,tiada guna untuk menyesal lagi.. senyum.. :)
Sunday, 31 August 2014
Tuesday, 26 August 2014
kenangan sekolah rendah yang tak dapat dilupakan.. :-D
Assalamualaikum..kali ne nak cerita tentang kenangan masa aku sekolah rendah dulu..tak pasti laa ingat semua ka tidak..aku cerita yang aku ingat jalah ar?hahahaahah..masa aku darjah 1&2,aku sekolah kat SRJK CHUNG HWA..tapi cukup 2tahun ja aku sekolah sana..sebab pembiayaan sekolah cina agak mahal..jadi,aku dipindahkan ke sekolah melayu..sekolah kerajaan..hahaha..masa pertama kali masuk sekolah tu.aku diam tak terkata..haha..semua orang tengok aku..tapi aku buat derr..hahaha..beberapa hari kemudian,aku mulai ada kawan..nama dorang kam,pija,zila,ain..kitaorang memang rapat gilerr arr..ke mana-mana selalu bersama..kalau kami beli makanan,semua kami kongsi-kongsi..yang aku lucu,bila kami beli soto harga 50sen(dulu-dulu pnya harga..sekarang dah rm2..mahal ooo..hahaha),soto tu kena jual dalam plastik..apa kami buat,kami ambil straw,kami sedut pelahan-lahan supnya sampai habis..lepas dah habis supnya kami sedut,kami gigit hujung plastik,baru kami makan mee nya tu..hahahaha..pastu kan,kami dulu selalu lepak belakang tandas..agaknya dah takde tempat lain kami mau bersembunyi..hahaha..cikgu selalu denda kami..macam wanted juga ar dulu..hahaha..walaupun kami nakal,pelajaran tetap diutamakan..(yelah tuu..hahaha 😄)..yang aku ingat lagi,dulu kami selalu kena suruh jaga budak-budak tahun1..budak-bufak tahun 1 selalu kena bagi susu..(alaa yang kotak-kotak tuu..brand mat pintar ka tu tak silap..hahaha)..kami selalu bodek budak-budak tahun 1 tu minta susu..bukan alang-alang budak-budak tu kena bagi..sampai 5-6kotak setiap sorang dapat..kami yg tahun 6 ne 1kotak pun belum tentu dapat..kapsit betul laa cikgu sekolah rendah dulu..kami pun mau jugaa!(marah ne ba..hahaha)..Budak-budak tu baik hati juga bagi kami susu kotak..dapat jugak laa dalam 3kotak sorang..hahaha..kami pun pulang ke kelas dengan senang hati..hahaha(kalau cikgu kami tau tu,habis kali kami kena kerjakan..hahaha)..sebenarnya banyak lagi cerita masa sekolah rendah dulu..tapi dah tak ingat laa..banyak dah aku lupa..kawan-kawan aku tu semua dah ada kehidupan masing-masing..ada yang bertunang sudah..ada yang keja kat labuan..hurmm rinduu nak kumpul-kumpul dengan dorng tu semua..yang best dengan dorang ne,walaupun kitaorang bergaduh ka apa,dorang takkan buruk-burukkan kawan-kawan..macam tikam belakang,kawan makan kawan,ikan haruan makan anak,haa apa lagi?cukup dah contoh aku bagi tuu..hahaha..bukan macam kawan sekarang yang aku jumpa ne..kalau bergaduh sikit,sudah buruk-burukan kawan..padahal dia pun buat jugak..dia yang mulakan dulu,tuduh aku sorang plak..pastu baik-baik depan kita..yaiii..takpe..pengajaran buat diriku..aku anggap semua itu ujian daripada Allah swt..Aku redha..itulah kehidupan..kehidupan mengajar kita supaya kita tau apa yang akan berlaku pada masa hadapan..yang penting,jangan ulangi kesilapan yang dulu..Dan berhati-hatilah dalam memilih sahabat sejati..kawan senang ja nak cari..sahabat sejati susah wooo nak jumpa..hahaha..apa-apa,rinduu dengan sahabat-sahabat nakalku yang dulu..😘😚😝..chow!!
Subscribe to:
Posts (Atom)