welcome to my blog.. ;)

Thursday, 22 May 2014

kena kutuk,umpat,kritik dan sebagainya?

Assalamualaikum..dah lama aku tak buka blog aku ne..dah berkarat dah ne..sekarang baru aku ada kesempatan untuk buka blog ne..hahaha..baiklah..aku nak tanya korang..pernah tak korang kena kutuk,umpat,kritik,sindir dan yang sama waktu dengannya?aku dah puas kena semua tu..perasan aku masa tu?memang down beb..sedih,kecewa,terkilan,bercampur baur perasaan aku masa tu..hanya allah ja yang tahu..dari aku sekolah rendah sampai aku sekolah menengah,semua perkara tu tak pernah lari dari aku..tapi yang aku rasa hebat tentang diri aku..aku boleh sabar dengan semua perkara-perkara tu..aku pun tak tahu macamana aku boleh bersabar berhadapan dengan orang-orang macamtu..cuma masa tu,aku banyak luah dan minta nasihat kat orang lain dan berdoa kepada Allah swt..Dan dulu aku selalu luah kat dalam diari aku..dan perkataan yang selalu aku tanya,kenapa dorang buat aku macamtu?apa salah aku?aku pernah buat salah ka kat dorang?selama ne aku selalu buat baik kat dorang..tapi kenapa dorang sanggup tikam aku dari belakang?kenapa,kenapa dan kenapaaaa???!kekadang tu aku dah rasa letih untuk berhadapan dengan semua tu..rasa nak lari ja pergi tempat lain yang mana hanya aku sorang ja kat tempat tu..aku tak nak bercampur dengan orang-orang yang hati busuk macamni..dan aku bayangkan tempat tu dipenuhi dengan bunga-bunga yang mekar,cantik dan indah sekali apabila dipegang..pastu aku baring kat sekeliling bunga-bunga tu dan pandang kat langit..wahhhh tenangnya aku rasa..tapi memang mengarutkan apa yang aku cakap ne kan?berangan-angan..tapi tak salahkan berangan?hahaha..tapi lama-kelamaan,aku dah biasa dah dengan perkara tu semua..apa yang aku lakukan adalah search kat internet macamna nak menghadapi dengan spesis orang-orang macamni ne..banyak jugak yang aku jumpa kat internet macamna dan apa yang perlu kita lakukan bila kena kutuk,umpat,kritik dan sebagainya..1st,ucaplah terima kasih kepada mereka yang telah mengumpat,kritik,kutuk dan sebagainya tu sebab bagi pahala percuma kat kita..lagi-lagi kalau kita bersabar..memang banyak pahala kita dapat..allah sayang tau kat orang-orang yang bersabar ne..suka hati dorang la nak cakap pa..kesah??bukan kita dapat dosa..hahaha..2nd,biarkan ja apa yang dia telah lakukan kepada kita..jangan kita balas apa yang dia buat kat kita..sebab kita tak layak nak hukum orang..hanya Allah swt sahaja yang boleh menghukum hamba-hambanya,..dan perlu ingat bahawa hukum karma itu memang ada.."what you do,you will get it back"..aku memang dah pernah nampak tau balasan pada orang yang macamni ne..itu la yang dinamakn allah tu maha adil..tak percaya?tunggu dan lihat sahaja..hohoho~..3rd,jangan laa kita menyimpan dendam dengan orang-orang yang pernah menyakitkan hati kita..sebab dendam itu boleh memakan diri sendiri,,lagipun takda apa-apa manfaat yang kita dapat berdendam kat orang ne..kalau dapat balas balik apa yang dia buat kat kita,pa yang kita dapat?kepuasan?takde maknenye..kalau macamtu,sampai bila pun tak akan selesai..sebenarnya kalau  kita meluahkan kata maaf kat orang,itu adalah proses untuk kita membuang racun dalam hati kita..tidak semestinya kita meminta maaf sebab kita salah..kita minta maaf sebab kita tidak ingin perkara itu berlarutan yang mana boleh menimbulkan perasaan benci..dan ketika itu timbul la permusuhan antara satu sama lain.. apa yang perlu dilakukan adalah memaafkan mereka sahaja..belajar la untuk memaafkan orang jika ingin dimaafkan..tapi kalau kita dah minta maaf,dia tak nak terima,pedulikan jalah dia.. .dari dia saja nak terima atau tak..yang penting kita dah minta maaf...ingat..dunia ne hanya sementara dan sangat-sangat singkat..masih banyak lagi perkara yang perlu kita cari dan terokai..jadi tak payah nak buang masa nak layan semua ne..hahaha..kemudian,terapkan nilai-nilai yang positif dalam diri..buang segala sifat-sifat negatif dalam diri kita..biasanya,mereka yang mempunyai sifat-sifat dan kata-kata negatif ini,takkan ke mana-mana oleh kerana ia mencerminkan diri sendiri yang sering fokus kepada perkara-perkara negatif..dalam islam juga ada mengatakan bersangka baik la supaya hati menjadi lapang lagi tenang..oleh itu,jauhkan la dari memberi kata-kata negatif kepada orang..kerana di dunia ini tak ada manusia yang sempurna..masing-masing punya kelebihan dan kekurangan diri sendiri..kalau diberikan kelebihan itu,maka ucaplah alhamdulillah..itu satu nikmat daripada allah swt..kalau ada kekurangan dalam diri kita,maka berusahalah untuk memperbaikinya selagi kita masih diberi peluang untuk memperbaikinya..lastly,,jangan mudah percaya kat orang..biasanya bila da orang tetiba dekat dengan kita,sebenarnya dia da maksud tersendiri..sahabat aku kata,kalau kita nak tengok orang tu bagus ke tak,kita dengar dulu pa yang dia cerita kat kita..kalau dia cerita tentang baik-baik,maknanya,itu boleh jadi kawan..tapi kalau dia cerita benda-benda yang buruk contohnya nampak sorang ne tak lawa,dicakap-cakap tak lawa..kira mengumpat laa gitu..thats mean,jauhilah orang-orang macamtu..orang macamtu tak boleh dijadikan kawan..sebab,tak mustahil orang tu akan cerita pulak tentang keburukan kita..sebab aku dah pernah kena semua tu..memang sakitt weyy..dari tu,aku lebih berhati-hati memilih kawan..kawan ne memang senang jerr nak cari..tapi kawan bergumbira laa..kawan dikala menderita,susah nak cari..so,pandai-pandailah cari sahabat sejati..hahahahaha :-D..ini laa kehidupan..memang banyak cabarannya..nak tak nak,kita kena tempuhi jugak..anggap saja ini semua ujian dari allah..kalau kita kuat,insyaAllah,semua pasti akan berjalan dengan lancar..hehehe..nasihat saya pada yang kaki kutuk.pengumpat,pengkritik dan sebagainya tu,berhentilah buat kerja-kerja macamtu..tak mendatangkan faedah pun..dosa jer bertimbun..bertaubatlah anda sebelum terlambat..jadilah orang lebih berakal dan berjaya..sayang kalau tak gunakan sebaik mungkin akal fikiran yang sempurna tu.. oleh itu,bsama-samalah kita berusaha untuk berubah menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini..insyaAllah jika niat kita baik untuk berubah,allah akan imakbulkan segala permintaan kita itu..ok?sekian.. :)

No comments:

Post a Comment