Assalamualaikum..sebenarnya dah lama nak cakap pasal hal ne..Tapi selalu ja terlupa.Ne baru teringat..Tu pun terbaca kat blog-blog orang..Sebab nak tenangkan hati..Nak baca laa nasihat-nasihat yang boleh tenangkan diri aku..huhu..Aku jenis yang memang suka berkawan..Dalam persahabatan,aku sentiasa ikhlas dan jujur dalam berkawan ne..Yang penting orang tu,boleh terima aku seadanya.Tidak mengira rupa,darjat,harta,dan sebagainya..Jujur aku katakan,aku tak pernah tipu kawan-kawan aku..Kelakar kan?Entahlah kenapa..Mungkin Ne memang sifat aku kot..Jujur dalam apa pun..aisehmen..:D.Aku sayang kawan-kawan aku..Sayanggg sangatt!Aku anggap dorang macam adik-beradik aku..Setiap kali BIRTHDAY dorang,aku selalu bagi wish..Takde hadiah,wish pun jadilah..Tandanya,aku ingat kawan-kawan aku tu..kalau dorang minta temankan ke mana-mana,aku selalu temankan..Kalau dorang ada masalah,aku selalu jadi pendengar setia..Tapi mungkin aku bukan laa penasihat yang baik..Kalau aku boleh tolong,aku akan tolong..Konon kawan sehidup semati laa gitu..(mungkin aku ja yang anggap macamtu)..Aku layan dorang bagai menatang minyak yang penuh oww..Untuk pengetahuan kamu,keaiban kamu,semua aku rahsiakan..Aku tak pernah cerita aib kamu dekat sesapa..Selagi nyawa dikandung badan,aku akan cuba menutup segala aib-aib kamu kawan..Tapi,kenapa aku selalu dikhianati?kenapa aku selalu ditipu kawan sendiri?kenapa dorang tak hargai aku seperti mana aku hargai dorang?Kenapa dorang layan aku macamni?Apa salah aku?Aku dah cuba yang TERbaik untuk jadi kawan dorang..Seboleh-bolehnya,aku tak nak hati dorang tersinggung,terasa,terguris,terluka dan sebagainya..Biar aku yang terluka..Biar aku yang tanggung untuk semua tu..Biarlah kawan..Kalau itu dapat memuaskan hatimu,biarlah..Adakah aku bukan kawan yang Terbaik untukmu?Adakah aku selalu menyakiti hati?Adakah kamu tidak menyenangi diriku?Mungkin aku pernah menyakiti hati kamu tanpa ku sedari ataupun ketika dalam sedar..Kerana aku adalah manusia yang tidak sempurna..Dan tidak akan pernah sempurna kawan..Aku sering melakukan kesilapan..Jika aku ada buat salah,tegur aku..Jangan berdiam diri dan membenciku dalam diam..Jangan kamu berdendam kemudiannya menikamku dari belakang.. Tegur aku kawan..InsyaAllah,aku akan perbaiki sikapku yang kurang menyenangi hatimu..Dan jika kamu tidak mahu berkawan denganku,terus-terang denganku kawan..Aku akan pergi dari hidupmu..Aku akan pergi jauh dari hidupmu..Jika kamu rasa aku membebankan,aku akan pergi..Kalau boleh,aku ingin menjadi Sahabatmu yang Terbaik dunia dan akhirat..Namun,jika ini pintamu,aku rela kawan..Tapi cuma satu pintaku..Jangan pernah ada dendam,hasad dengki,benci membenci dalam hati kita..Biarlah kita berpisah dengan cara yang baik..Aku akan sentiasa mendoakan kamu agar menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.. Hanya doa yang mampu aku berikan untukmu kawan..Biarlah kamu tidak mengingatiku..Biarlah kamu lupa kepadaku..Aku hanya akan tumpang gembira melihat kejayaan yang kamu kecapi..Terima kasih kawan sebab pernah menjadi Sahabatku..Akan ku simpan kenangan-kenangan pahitmanis kita..Aku akan sentiasa bersangka baik dengan kamu..Ya bersangka baik..Semoga kamu akan jumpa kawan yang lebih-lebih baik daripada diriku ini..
Aku tahu..ini semua ujian daripada Allah SWT.Aku anggap ini semua ujian Allah buatku..Sebab Allah sayang aku..Sebab tulah DIA uji aku macamni...Sesungguhnya,setiap apa yang berlaku ini adalah dengan izin-NYA..Bersangka baik dengan allah swt..InsyaAllah,yang datang pun pasti baik-baik juga..Kehidupan harus diteruskan..Walaupun pahit,harusku telan juga..Kerana kehidupan mematangkan kita...Sahabat ke neraka,senang sahaja ditemui..Namun,sahabat ke syurga sukar untuk dijumpai..Akhir kata,berhati-hatilah dalam memilih kawan.Dan hargailah sahabat-sahabat yang baik dengan anda..Sebelum dia pergi meninggalkan dirimu..Waktu itu,tiada guna untuk menyesal lagi.. senyum.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sabar yah beb.. pelbagai cabaran di dunia ni, sabar ja lah, ingat Allah ;)
ReplyDeleteAllah.baru ku nampk komen mu ne.hpku xbgi email pn.hahahaha.btw,thx. Mmg sentiasa ingat Allah.. :)
ReplyDelete